Friday, June 29, 2012

Irma hasmie Selamat Bergelar Pengantin baru

assalamualaikum,
    
        hye semua!! hari ini dapat tahu Irma Hasmie baru selamat bernikah pada 29 Jun 2012 pada pukul 3.55 petang. Hanya denagan sekali lafaz Irma sah bergelar isteri kepada cintanya Redza Syah Azmeer Dato’ Hj Mohd Radzuan. Mereka di nikahkan ole bapa Irma, Hj Ibrahim Othman dengan disaksikan oleh Ustaz Mohd Redza Azhar, Pegawai Juru Nikah, Cerai dan Rujuk, JAWI, Putrajaya.

      Info yang diperolehi mengatakan pihak lelaki menyerahkan 11 dulang hantaran, mas kahwin  menggunakan mata wang Dinar berjumlah tiga Dinar beserta wang hantaran dan dibalas pula sebanyak 13 dulang daripada pihak pengantin perempuan.

        Majlis perkahwinan alhamdulillah berjalan dengan lancar dan cukup meriah.. majlis semakin berseri apabila melihat pasangan pengatin semakin comel selepas bergelar suami isteri.. Irma kelihatan lebih ayu dan menawan dengan dress putih yang di pakai semasa majlis akad nikah.

          Walaupun hubungan mereka tidak mengambil masa yang lama, saya mengharapkan mereka bahagia sampai ke anak cucu.. insyaallah.. saya merupakan peminat Irma ingin mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga allah mengurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah insyaallah..

         Harap Irma masih bergiat aktif dalam lakonan selepas ini....tak sabar nak dengar cerita yang lebih 'blessing' daripada Irma Hasmie.. TAHNIAH!! dan selamat maju jaya..
sesungguhnya setiap ujian didatangkan oleh nya kebahagiaan.. insyaallah dan alhamdulillah..


-untuk lihat gambar-gambarnya sila ke ohbulan.com

No comments:

Post a Comment